Isnin, 31 Ogos 2009

GOTONG ROYONG SEMPENA HARI KELUARGA ASRAMA

Bau juga bilik dobi diorang ni....pakai colorox kali baru hilang
Macam tarian poco-poco pulak aku ni...
Aku mahu buat ni.....bagus kita bersembang.....



TERIMA KASIH PENCERAMAH....

Timbalan Pengerusi PIBG SMK.Gadong,Encik Sapar Sanini sedang menyampaikan Hamper tanda TERIMA KASIH
kepada Encik Jailani Hj Idris atas kesanggupan memberi ceramah pada Sesi Malam Penghayatan...
Rugilah bagi Ibubapa & Penjaga yang tidak hadir kerana mesej yang disampaikan oleh Encik Jailani begitu
jelas bagaimana tanggungjawab ibubapa kepada anak-anak dan begitu juga sebaliknya, tanggungjawab anak-anak
kepada ibubapa......Pihak Pengurusan Asrama mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama PIBG dan pihak-pihak yang terlibat.

Isnin, 24 Ogos 2009

TANGISAN BERSAMA HARAPAN IBUBAPA.......

Ayah....Zali janji akan hormat semua guru-guru, para warden dan rakan-rakan..Zali mahu buktikan bahawa Zali akan berjaya dalam SPM 09 serta menjadi ikon yang baik kepada adik-adik Zali...Doakan Zali berjaya ayah...
Maafkan Zali jika Zali ni ada nakal sikit......

Saya berjanji akan berusaha sedaya upaya agar saya mampu mengubah
keluarga kita...jangan hiraukan apa orang lain kata, yang penting keluarga kita bahagia dan berjaya...Ayah dan Ibu doakan agar shila berjaya dalam STPM 09 dan berjaya mengangkat nama keluarga kita...

Bertapa tinggi harapan ibubapa kepada anak-anak mereka.Mereka mengharapkan anak-anak berjaya dan menggantikan tempat mereka di masa akan datang jika mereka pulang ( tiada lagi di dunia ) ini.
Doakan Jannah Berjaya dalam PMR 09...
(((((----- Ayah...ibu...anak mu tersepit ditengah-tengah ni....-----)))))










HARI KELUARGA ASRAMA 2009

Berkumpul dalam satu dewan bagaikan satu keluarga yang telah kenal lama
demi kejayaan untuk anak-anak mereka

Ibubapa bersama dengan pelajar sedang menghayati serta memberi tumpuan ketika
penceramah memberi ceramahnya....